(Day 1&2) 7&8/04 孙凌羚 Lin Ling
Melalui Program Jalinan Masyarakat ini, saya berasa amat bersyukur kerana telah mempunyai peluang untuk mengunjungi ke kampung baru Seri Kembangan. Kampung baru tersebut telah dipenuhi dengan reka bentuk perumahan yang istimewa seperti rumah papan, rumah gabungan kayu dan batu serta rumah bertingkat tiga. Saya berasa identiti perumahan yang istimewa ini hanya meninggal di memori saya semasa saya berusia 7 tahun kerana saya merupakan seorang anak kampung baru di Sarawak. Berbeza dengan tempat lahir saya, kebanyakan penduduk di kampung ini merupakan orang Cina serta orang tua dan orang muda manakala kampung saya telah didiami oleh kaum yang berbagai iaitu orang Cina dan bumiputera. Selain daripada itu, pemuda-pemudi yang berada di kampung saya juga telah berpindah ke bandar yang besar untuk mencari rezeki dan hanya terdapat orang tua yang tinggal di tempat tersebut. Semasa kita menjalankan kajian soal selidik dan temu bual dari satu rumah ke rumah yang lain, terdapat ramai penduduk...