(Day 1&2) 7&8/04 黄宗淇 Freddie
Kajian membuat soal selidik kepada penduduk di Seri Kembangan merupakan satu cabaran dan juga pengalaman kepada saya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji budaya dan cara bertutur di kalangan penduduk Seri Kembangan. Kami, selaku mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya,Pengajian Tiong Hoa seramai tiga puluh orang telah dibahagikan kepada lima belas kumpulan dalam melakukan kajian ini. Dalam kajian ini ,kami telah mempelajari cara berkomunikasi dengan orang lain serta mengenali ciri-ciri kampung baru di Malaysia. Walaupun kajian ini amat letih dan mencabar kepada saya, saya tetap berasa puas hati selepas menjalankan kajian ini. Jadi , saya berharap bahawa kajian tentang kampung baru dapat dijalankan lagi pada masa depan oleh junior-junior.
评论
发表评论