(Day 1&2) 7&8/04 孙凌羚 Lin Ling

Melalui Program Jalinan Masyarakat ini, saya berasa amat bersyukur kerana telah mempunyai peluang untuk mengunjungi ke kampung baru Seri Kembangan. Kampung baru tersebut telah dipenuhi dengan reka bentuk perumahan yang istimewa seperti rumah papan, rumah gabungan kayu dan batu serta rumah bertingkat tiga. Saya berasa identiti perumahan yang istimewa ini hanya meninggal di memori saya semasa saya berusia 7 tahun kerana saya merupakan seorang anak kampung baru di Sarawak. Berbeza dengan tempat lahir saya, kebanyakan penduduk di kampung ini merupakan orang Cina serta orang tua dan orang muda manakala kampung saya telah didiami oleh kaum yang berbagai iaitu orang Cina dan bumiputera. Selain daripada itu,  pemuda-pemudi yang berada di kampung saya juga telah berpindah ke bandar yang besar untuk mencari rezeki dan hanya terdapat orang tua yang tinggal di tempat tersebut.

Semasa kita menjalankan kajian soal selidik dan temu bual dari satu rumah ke rumah yang lain, terdapat ramai penduduk yang tidak mempedulikan kedatangan kami dan tidak ingin menerima soal selidik kami. Hal ini mungkin disebabkan oleh jenayah masyarakat yang kian meningkat pada masa ini. Oleh itu, mereka tidak berani membuka pintu dengan sebarang dan melayan kami. Akan tetapi, terdapat juga seorang mak cik yang ingin menyambutkan kedatangan kita dengan ghairah dan menerima soal selidik kami. Sebelum meninggal rumahnya, mak cik tersebut telah menasihat kami supaya sentiasa menjaga keselamatan sendiri kerana terdapat banyak kes jenayah yang sering berlaku di kawasan tersebut. Selain itu, akibat daripada cuaca yang panas dan terik seorang mak cik di kedai makan yang baik hati telah memberi prihatin kepada kita dan ingin memberi makanan kepada kami secara percuma. Kami telah menolak dengan bersopan kerana kami berasa mak cik tersebut juga memerlukan kos untuk membeli bahan makanan.

Akhirnya, saya amat gemar dengan alam sekeliling di Kampung Baru Serdang tersebut dan berharap boleh tinggal di kawasan tersebut pada masa depan kerana saya berasa penduduk yang berada di kampung amat gembira dan mempunyai jalinan kepercayaan antara satu sama lain. Mereka sentiasa keluar ke mana-mana tanpa menutupkan pintu pagar. Mereka juga sentiasa mengunjungi ke rumah jiran pada masa lapang. Fenomena ini jarang boleh dinampak di kawasan bandar kerana kes jenayah yang sering berlaku dan kesibukan rakyat untuk mengejarkan kejayaan dan kekayaan telah menyebabkan kelunturan semangat kejiranan.

评论

此博客中的热门博文

(DAY 1&2) 7&8/04 韩婉婷Yuan Teng

(Day 1&2) 7&8/04 黄嘉棋 Jia Qi

(Day1&2) 7&8/04 陈佳雯 Jia Wern